Monday, October 11, 2010

Okay. NOW FOR FINAL EXAM [ ART ]

ESOK

Uwaaaahhh!
ART! Esok dah final exam.
7.45 - 10.45 [ PAPER ART 2 ]
OMG!
I'm NOT READY YET!

Okay - okay. RELEX AHRA. 
CHILLLLLLL PLEASE!

OKAY! INI SOALAN - SOALAN NYA.

1. Pemandangan di sebuah kampung yang sibuk bersiap sedia untuk mangadakan kenduri kahwin. Ramai orang kampung datang membantu dan memeriahkan persediaan tersebut. Terdapat beberapa lelaki sedang memasang khemah, ada yang menyusun kerusi dan meja. Terdapat beberapa makcik yang sedang memotong bawang sambil bersembang, serta ada beberapa orang yang sedang memasak gulai untuk dihidangkan. GAMBARKAN!

2. Gambarkan pemandangan didalam sebuah muzium. Diseluruh kawasan muzium, terdapat pelbagai jenis lukisan mengenai etnik yang terdapat di malaysia yang mempunyai warna - warna kontra dan amat menarik. Corak pada karya tersebut banyak mengunakan unsur seni seperti garisan dan jalinan bagi menimbulkan kesan yang menarik. GAMBARKAN dari jarak beberapa buah karya di suatu sudut dalam muzium itu.

3. Dalam sebuah alam lain, terdapat awan yang berbentuk bulat. Bagunan yang dilihat dalam alam tersebut berbentuk segiempat tepat dan segitiga. Makhluk yang tinggal didalamnya berbentuk pelik tetapi mengelikan hati kerana amat comel. Kelihatan mereka sedang bersuka ria didalam taman. GAMBARKAN situasi itu dengan mengambil kira warna dan rupa bentuk makhluk serta objek tersebut.

4. Satu pertandingan kayak sedang berlansung di sebuah tasik. Kelihatan beberapa pasukan sedang belumba untuk tiba di garisan penamat. Tetapi terdapat sebuah kayak yang terbalik dan menengelamkan peserta - peserta yang berada di dalam nya. GAMBARKAN saat - saat genting itu.

5. Dihadapan sebuah rumah tradisonal melayu, terdapat seorang anak kecik sedang menangis kerana botol susunya terjatuh dari buaiannya. Kelihatan ibunya sedang berjalan ke arahnya untuk mengambil botol tersebut dan memulangkan kepadanya. GAMBARKAN.

6. Pada musim sejuk kelihatan daun - daun pokok yang gugur jatuh kebumi. Di sebuah kawasan perumahan, Kelihatan beberapa orang kanak - kanak sedang bermain salji membentuk istana dan orang salji. Mereka kelihatan amat gembira. Terdapat beberapa buah kereta yang diselaputi salji. GAMBARKAN situasi itu.

HAIHHH! PENAT TYPE!

Mana senang ya? Hurmmm